KUALA LUMPUR: Putera Monaco Putera Albert II hari ini berkenan melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia, sebagai sebahagian daripada program sempena lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Putera Albert II berangkat tiba di muzium berkenaan pada 5.10 petang dan disambut oleh wakil pihak muzium Rashidah Salim dan turut dihadiri Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Putera Albert II, dengan diringi kurator muzium Zulkifli Ishak meluangkan masa hampir dua jam menyaksikan pelbagai artifek seni, reka bentuk dan budaya dunia Islam yang dipamerkan di muzium itu, yang merupakan muzium kesenian Islam terbesar di Asia Tenggara.
Hadir sama Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Monaco Isabelle Berro-Amadei.
Putera Albert II, tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara empat hari ke Malaysia yang dihoskan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Terdahulu, Putera Albert II telah merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia dan esok baginda dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah dan diberi sambutan negara di Istana Negara.
Seri Paduka juga akan menganjurkan Majlis Santapan Negara bagi meraikan Putera Albert II dan delegasi.
Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan Putera Albert II akan memberi peluang yang baik kepada Monaco dan Malaysia mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara, dengan prospek kerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong pada peringkat tertinggi kepimpinan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Putera Albert II mendengar penerangan daripada Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia Zulkifli Ishak (kanan) semasa lawatan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia. - Bernama
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.
Putera Albert II diberikan sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan baginda dan delegasinya pada 11 pagi itu, disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong.
Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.
Putera Monaco Putera Albert II adakan lawatan negara ke Malaysia dari 26-29 Nov
Putera Monaco Putera Albert II akan memulakan lawatan negara pertamanya ke Malaysia dari 26 hingga 29 Nov dan dijadual merasmikan Pejabat Konsul Kehormat Monaco yang pertama di Malaysia.